Kebanyakan penduduk belum memahami apakah yang
dimaksudkan dengan “JMB” yang perlu ditubuhkan. “JMB” ataupun dengan nama
penuhnya “Joint Management Body” adalah sebuah badan yang ditubuhkan
diperingkat pra sebelum penubuhan Management Corporation. Dengan adanya JMB
sekurang-kurangnya ia dapat memberi pendedahan awal kepada Ahli Jawatankuasa
untuk mengurus dan menyelenggara bangunan yang diduduki sebelum penubuhan
Perbadanan Pengurusan.
Pasa asasnya, penyelenggaraan pangsapuri,
rumah bertingkat akan dipertanggungjawab kepada pemilik berdaftar
unit-unit di situ
.
Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyenggaraan
& Pengurusan Bangunan) 2007 (Akta 663) yang berkuatkuasa pada 12 April 2007
telah mewajibkan semua pemaju untuk menubuhkan Badan Pengurusan Bersama atau
Joint Management Body (JMB) di semua bangunan bertingkat yang tertakluk di
bawah Akta Hakmilik Strata. Setiap pemaju akan menubuhkan JMB di pangsapuri
yang telah dibina oleh mereka sebelum ini bersama-sama dengan penduduk di
bangunan terbabit. Dibawah ini saya sediakan sedikit maklumat yang dipetik dari
artikel di dalam property magazine.
Apakah yang dimaksudkan dengan Badan Pengurusan Bersama atau Joint
Management Body (JMB)?
Badan Pengurusan Bersama atau Joint Management
Body (JMB) adalah satu jawatankuasa yang dianggotai dan ditadbir oleh Pemilik
Petak/Penduduk dalam mengurus dan menyenggara bangunan. JMB diwajibkan di semua
bangunan bertingkat yang tertakluk di bawah hakmilik strata.
Kenapa JMB perlu ditubuhkan?
Penubuhan JMB adalah perlu selaras dengan Akta
663 yang mewajibkan setiap Pemaju untuk menubuhkan JMB sehingga hakmilik strata
dikeluarkan dan Perbadanan Pengurusan ditubuhkan.
Bilakah Penubuhan JMB dikuatkuasakan?
Bagi pangsapuri yang telah menerima kunci
kediaman dan belum menerima hakmilik strata, pemaju hendaklah menubuhkan JMB
dalam tempoh 12 bulan atau dari tarikh mengambil kunci rumah kediaman.
Apakah Tanggungjawab dan kuasa JMB?
Tanggungjawab dan kuasa JMB adalah mematuhi
notis PBT, menyenggara harta bersama, mendaftarkan JMB, menentukan dan
mengenakan caj penyenggaraan, memastikan Kumpulan Wang Penyenggaraan Bangunan
diaudit, mentadbir Kumpulan Wang Penyenggaraan Bangunan, menguatkuasa kaedah
dalaman (House Rules), mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan dan Luar Biasa,
menginsuranskan bangunan, menyediakan dan menyenggara daftar pembeli, lain-lain
perkara yang berkaitan penyenggaraan bangunan dan menyenggara Sinking Fund.
Siapakah Ahli-ahli JMB dan berapakah bilangan ahli-ahlinya?
Ahli-ahli JMB atau dikenali juga sebagai
Jawatankuasa Pengurusan Bersama (JMB) terdiri daripada Pembeli dan Pemaju.
Bilangan Pembeli mestilah tidak kurang dari 5 orang dan tidak lebih daripada 12
orang. Senarai ahli JMB adalah terdiri dari Pengerusi, Setiausaha,
Bendahari, Ahli Jawatankuasa sementara 1 wakil dari Pemaju.
Berapa lama tempoh jawatan tersebut?
Ahli JMB memegang jawatan tidak melebihi 3
tahun atau sehingga pembubaran JMB.
Bagaimana Ahli JMC dipilih?
Perlantikan ahli JMB diadakan pada Mesyuarat
Pertama secara undian tangan. Urusan mengadakan mesyuarat tersebut akan
dikendalikan oleh Pemaju dengan memberi notis bertulis 14 hari kepada Pemilik
Petak/Penduduk dari tarikh mesyuarat yang dijangka akan diadakan.
Siapakah yang layak mengundi?
Pemilik Petak/Penduduk yang tidak mempunyai
tunggakan sahaja layak untuk mengundi.
Bagaimana pula dengan penduduk yang mempunyai tunggakan?
Penduduk yang mempunyai tunggakan boleh hadir
ke mesyuarat tersebut tetapi mereka tidak boleh mengundi.
Bagaimana jika Pemilik Petak/Penduduk tidak hadir ke mesyuarat
tersebut walaupun layak untuk mengundi?
Pemilik Petak/Penduduk tersebut boleh
mewakilkan kepada orang lain dengan mengisi Borang Proxy dan menghantar borang
tersebut kepada Pemaju dalam tempoh 7 hari sebelum tarikh mesyuarat diadakan.
Bagaimana jika ada persamaan undi bagi sesuatu resolusi/perkara?
Pengerusi yang baru dipilih pada mesyuarat
tersebut akan membuat keputusan bagi persamaan undi tersebut.
Apakah kuorum bagi mengadakan Mesyuarat Agung
JMB?
Kuorum bagi mengadakan mesyuarat Agung JMB
ialah ¼ daripada pembeli yang berhak mengundi.
Bagaimana jika kuorum masih tidak mencukupi?
Jika dalam masa ½ jam, kuorum masih tidak
mencukupi, Pemilik Petak/Penduduk yang hadir berhak untuk membentuk suatu
kuorum.
Bagaimana jika tiada pemilik petak/penduduk yang hadir atau tiada
yang ingin menganggotai JMB?
Selepas 1 jam sekiranya tiada yang hadir atau
tiada yang ingin menganggotai JMB, maka pemaju akan memaklumkan kepada
Pesuruhjaya Bangunan secara bertulis dalam tempoh 7 hari dari tarikh mesyuarat
telah diadakan. Pesuruhjaya Bangunan akan memaklumkan sama ada untuk menetapkan
semula tarikh mesyuarat yang baru atau melantik ejen pengurusan bagi mentadbir
dan menyenggara bangunan tersebut.
No comments:
Post a Comment